Demi Lovato
Demi Lovato

Demi Lovato

Demetria Devonne "Demi" Lovato (/ˈdɛmi lɵˈvɑːt/; lahir 20 Ogos 1992) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, dan pelakon wanita Amerika Syarikat. Selepas membuat kemunculan sulung sebagai pelakon kanak-kanak siri televisyen Barney & Friends, Lovato meraih kemasyhuran pada 2008 apabila beliau berlakon dalam filem televisyen Disney Channel, Camp Rock dan melancarkan single sulungnya "This Is Me" yang menduduki nombor 9 di Billboard Hot 100. Kejayaan filem tersebut dan runut bunyinya membawanya kontrak rakaman bersama Hollywood Records. Album sulungnya, Don't Forget (2008), menduduki nombor dua di carta US Billboard 200. Pada tahun berikutnya, Lovato diberi peranan utama bagi watak dalam siri TV Sonny with a Chance dan beliau melancarkan album keduanya, Here We Go Again, menjadi yang pertama menduduki tangga teratas di carta Billboard 200.Selepas keluaran filem televisyen tambahan dan runut bunyinya pada 2010, termasuk Camp Rock 2: The Final Jam, isu peribadi Lovato membawa kerjayanya terhenti seketika dan pengakhiran Sonny with a Chance selepas dua musim. Beliau dihantar di pusat rawatan pada November 2010 untuk meminta bantuan untuk ketagihan, gangguan makan, dan mencederakan diri. Semasa di sana, beliau disahkan menghidap gangguan bipolar. Rakaman album ketiganya, Unbroken (2011), bermula selepas beliau berjaya menerima rawatan. Album ini memperlihatkan sisi hidup Lovato semasa menghadapi kesulitan. Single utamanya, "Skyscraper", menjadi kemasukan 10 teratas kedua Lovato di AS, manakala single keduanya, "Give Your Heart a Break", menerima pensijilan platinum berganda tiga di AS. Lovato merupakan juri dan mentor untuk versi Amerika The X Factor pada 2012 dan 2013. Album ketiganya, Demi (2013), dilancarkan dengan minggu pertama jualan sebanyak 110,000 unit. Single utamanya, "Heart Attack", menjadi lagunya yang ketiga menduduki 10 teratas di AS dan album ini telah mengeluarkan tiga lagi single. Sewaktu mempromosikan projek ini, Lovato melancarkan buku bertajuk Staying Strong: 365 Days a Year (2013). Beliau juga kembali berlakon sebagai watak pembantu dalam siri TV, Glee, dan melancarkan sebuah memoir pada 2014. Album kelima Lovato, Confident (2015), mencapai nombor 2 di carta Billboard 200. Single utamanya, "Cool for the Summer" telah menerima pensijilan platinum berganda oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika. Semua lima album Lovato telah menerima pensijilan emas di AS.Di lapangan muzik, Lovato dikenali sebagai artis pop,[4] pop rock,[5][6] dan R&B.[7][8] Lovato telah menerima pelbagai penghargaan, termasuk Anugerah Muzik Video MTV, 13 Anugerah Pilihan Remaja, lima Anugerah People's Choice, pencalonan Anugerah ALMA, Anugerah Muzik Amerika Latin, dan Anugerah Grammy. Pada 2013, Maxim menyenaraikan beliau senarai Hot 100 yang ke-26 dan Billboard menyenarakannya yang kedua dalam senarai Social 50 Artists of the Year. Di luar dunia hiburan, Lovato melibatkan dirnya dengan aktiviti alam sekitar dan sosial sejak permulaan kerjayanya. Pada Mei 2013, beliau telah dipuji atas kesungguhannya sebagai mentor kepada remaja dan dewasa dengan cabaran kesihatan mental di Hari Kesedaran Kesihatan Mental Kanak-Kanak dianjurkan oleh Pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Penyalahgunaan Bahan di Washington, D.C.. Beliau juga menjadi peguamcara bagi masyarakat LGBT, dan hak wanita. Pada 2014, beliau telah diumumkan sebagai Grand Marshal untuk minggu LA Pride, dan pada tahun yang sama, beliau telah menjadi wajah bagi Kempen Hak Asasi untuk Kempen Kesaksamaan Perkahwinan Amerika.[9] Pada April 2016, Lovato telah dianugerahkan Anugerah GLAAD Vanguard atas usahanya melakukan perubahan ketara dalam mempromosikan kesaksamaan hak bagi golongan LGBT.[10]

Rujukan

WikiPedia: Demi Lovato http://www.ibtimes.com.au/demi-lovato-says-boyfrie... http://www.ultratop.be/nl/album/34b93/Demi-Lovato-... http://www.ultratop.be/nl/song/110bf5/Demi-Lovato-... http://www.huffingtonpost.ca/2015/10/19/demi-lovat... http://kidstvmovies.about.com/od/camprock/a/demilo... http://kidstvmovies.about.com/od/camprock/fr/campr... http://top40.about.com/od/singles/gr/Demi-Lovato-S... http://www.accesshollywood.com/videos/demi-lovato-... http://www.aeglive.com/news/view/10206 http://www.allmusic.com/album/here-we-go-again-mw0...